Tarikh Penubuhan
10 Ogos 1983
Penaung
Isteri Y. B. Menteri Pelajaran
Yang Amat Berbahagia Puan Sri Noorainee bt Abd Rahman
Penasihat
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang
Pengerusi
Isteri Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Y. Bhg. Puan Sri Datin Hajah Wan Norasiah bt. Che Jaafar
Tujuan Penubuhan
- Merapatkan hubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan
- Menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus-kursus.
- Menggalak dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat
- Menganjurkan program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan
Visi :
Ke Arah PUSPANITA Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Misi :
Menjadi wanita berwawasan, berdaya saing, kualiti, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertakwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat sejagat.
Motto :
Wanita Sepakat Negara Meningkat
- Meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara di era K-ekonomi dan globalisasi
- Membantu meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam ke arah menyokong pelaksanaan dasar-dasar kerajaan
- Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan wanita ke arah pembangunan dan kecemerlangan sahsiah dan kecemerlangan diri
- Mewujudkan silaturrahim antara wanita-wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
- Membantu memupuk hubungan kekeluargaan yang harmoni ke arah membenteras gejala sosial
- Mempertahankan hak asasi manusia khususnya wanita
- Meningkatkan jumlah keahlian
- Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan di kalangan ahli-ahli
- Mengadakan perkongsian pintar antara PUSPANITA dengan badan-badan kerajaan dan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
- Menjana aktiviti yang menyokong dasar-dasar Kerajaan:
- Ke arah merealisasikan Wawasan 2020
- Mewujudkan masyarakat penyayang, sihat dan cergas
- Penerapan nilai-nilai murni
- Prihatin terhadap alam bina dan alam sekitar
0 komen:
Post a Comment